Kisah Tahyul TGNA Tahajjud di ICU Akhirnya dibongkar sendiri oleh Sepupu Dasuki

Sepertimana yang diketahui, Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit. Dikatakan beliau menghidapi kanser prostate, serangan kuman di paru² dan di otak dan terpaksa di'coma'kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.

Malangnya di saat-saat Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah-kisah tahyul dan dongeng yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita yang waras. Kisah mengarut seperti Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjud walaupun sudah di'coma'kan. Selepas bertahajjud beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.

Ini adalah kisah yang disampaikan sendiri oleh  Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani serta audionya DISINI

Bukan untuk memburuk-burukkan TGNA, malah kami memang menyanjungi beliau sebagai tokoh agama yang disegani di negara ini.

Posting ABUAQIF sebelum ini menyatakan yang kisah ini adalah kisah tahyul dan hanya ingin membodohkan pengikutnya sahaja.

Sewaktu banjir juga hebat diperkatakan tentang kisah gambar TGNA tidak terkena selut kerana karomah Nik Aziz.

Cerita Ustaz Ahmad Dusuki ABd Rani ini pula disangkal oleh sepupunya disini.





Dalam kenyataannya disini, Mohd Sabri yang juga sepupu Ust. Ahmad Dusuki memohon untuk berhenti menyebarkan cerita palsu ini. Dia yang mengaku agak hairan bagaimana kisah ini tersebar.


Beliau memohon untuk berhenti menyebarkan cerita palsu kerana bimbang salah faham akan berlaku dan akan merosakkan akidah.

0 Response to "Kisah Tahyul TGNA Tahajjud di ICU Akhirnya dibongkar sendiri oleh Sepupu Dasuki"

Post a Comment